Sejak Dennis Bergkamp bersara dari bola ni.. aku dah krg berminat nak tgk Belanda nyer game...termasuk la World Cup 2010 ni... ade la tgk2 sket2.. tapi mmg BOSAN...takde player yg leh ganti atau pon bermain ala2 Bergkamp.... 
bagi aku Van Persie pon tak seberapa hebat...Kuyt lagi laa...boleh main..tapi tak menghiburkan penonton dgn gaya membawa bola agak buruk laa..hahaa!!(sori la fan Liverpool)...cuma sorg je player Belanda yg aku tgk dan aku rase byk team yg perlukan player mcm dia...Mark Van Bommel... kt bayern pon dia ni pemain terpenting.
'SPAIN' lak...byk berubah mase game semi final lwn Jerman...  len macam aku tgk...mmg menghiburkan..walaupon aku rase centre back dia tak sehebat mane...tapi pemain tengah dia mantap...tapi tatau la leh konsisten ke tak...sbb tgk peringkat group aritu ntah ape2 tah game dorg...ehehe... kali ni tak sokong mane2 cuma rase elok spain yg menang kot...sbb Belanda takde ape yg istimewa ponn...tapi kalo Belanda menang mmg dorg bernasib baik laa..

 Belanda Tidak Gentar Jumpa Sepanyol 

Kuyt mahu menamatkan penantian 32 tahun Belanda.

BERBEZA dengan Jerman, penyerang Belanda, Dirk Kuyt yakin pasukannya tidak akan gentar dengan ancaman Sepanyol pada perlawanan final Piala Dunia, awal pagi Isnin ini.

Belanda akan berentap di final dengan rekod 25 perlawanan tanpa kalah dan Kuyt menegaskan pasukannya tidak akan melakukan kesilapan seperti Jerman tempoh hari.

"Kami tidak bimbang sama sekali. Anda boleh melihat Jerman takut berdepan Sepanyol. Mereka tidak cuba melakukan serangan. Namun, kami akan cuba melakukan serangan. Jika anda bermain seperti Jerman, anda pasti akan tewas," katanya.

Kuyt kagum dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan rakan sepasukannya ketika mereka menewaskan Berazil dengan defisit 1-0 dalam kelompok lapan terakhir.

Bintang The Reds itu mahu menebus kekalahan pada 1974 dan 1978 menjelang pertemuan getir awal pagi Isnin ini.

"Bola sepak Belanda sentiasa kuat. Dalam setiap perlawanan, kami mahu mempamerkan kualiti. Namun dalam pertemuan ini, kami bukan saja menekankan kualiti tetapi kepercayaan," jelasnya. - Mstar

Categories:

Leave a Reply

My Blog List

Search

Ads Banner

Followers

Categories